AHP™ HIV Test Kit (Kit Ujian
HIV) |
| |
 |
| |
|
Kit ini membolehkan anda melakukan
sendiri ujian HIV tanpa diketahui oleh sesiapa pun.
Hanya anda yang
mengetahui keputusan tersebut.
Privasi dan rahsia anda terpelihara sempurna. Situasi ini
berbeza sama sekali jika anda melakukan ujian di
klinik. Pandangan dan jelingan serong jururawat
dan doktor pasti membuatkan anda merasa malu
yang teramat sangat. Malah bayaran yang dikenakan juga
agak mahal. Jangan terkejut jika ada klinik
swasta yang mengenakan bayaran sehingga RM100
atau lebih untuk sekali ujian.
Harga tersebut adalah sangat mahal.
Kit ujian HIV ini dihasilkan oleh sebuah
syarikat bio-teknologi Malaysia dimana mereka
mempunyai kilang dan makmal sendiri yang
membolehkan mereka menghasilkan kit ujian yang
berkualiti dengan tahap ketepatan yang tinggi.
Sebahagian besar kit ujian HIV yang dihasilkan
oleh mereka ini diedarkan ke hospital-hospital
kerajaan dan swasta di Malaysia. Kami di
Primedic Laboratories telah berkerjasama
dengan mereka untuk membawakan kit ujian HIV
yang diedarkan ke hospital ini, kepada pengguna
biasa seperti anda. Jadi anda mendapat kit ujian
HIV sama seperti yang digunakan di
hospital-hospital kerajaan dan swasta di
Malaysia. |
|
|
|
|
| |
LAPORAN PENILAIAN
|
| |
| Berikut ialah laporan penilaian oleh Institut Penyelidikan
Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (IMR) terhadap test kit
ini. Dalam laporan tersebut, mereka menyatakan bahawa ketepatan
ujian test kit ini ialah melebihi 99.9%. |
 |
|
(Sila klik untuk lihat) |
| |
| |
| Untuk menambahkan keyakinan anda, test kit ini telah
dihantar untuk dibuat penilaian oleh sebuah makmal bebas yang
mempunyai status BioNexus di Puchong Selangor.
Hasilnya, mereka juga menyatakan bahawa ketepatan ujian test kit ini
ialah melebihi 99.9%. Berikut ialah laporan penilaian mereka: |
 |
|
(Sila klik untuk lihat) |
| |
| |
| |
CARA MENGGUNAKAN HIV TEST KIT INI
|
| Satu Set AHP HIV Test Kit mengandungi: |
 |
|
(1) Alcohol Swab (Pengelap
Beralkohol)
(2) Cassette
(3) Diluent (Pencair)
(4) Micro Pipette (Penyedut)
(5) Auto Lancet (Jarum Automatik)
(6) Silicon Gel (Agen Pengering) - abaikan
|
|
| |
| |
| |
|
| |
| |
| |
| Sila ikut langkah-langkah berikut: |
| |
 |
| |
| PENTING: |
Setiap langkah-langkah yang diterangkan perlu
diikuti dengan betul.
Jika keputusan ujian adalah negatif maka anda perlu menjalani
ujian darah sekali lagi setelah 3 bulan lagi (iaitu setelah 6
bulan daripada tarikh kemungkinan terkena jangkitan). Anda
disarankan untuk berjumpa dengan doktor jika anda masih tidak
yakin dengan status anda, setelah anda menjalani ujian kedua
tersebut.
Jika keputusan ujian adalah positif maka sila jumpa
doktor dengan segera untuk menjalani ujian pengesahan yang lebih
khusus iaitu Western Blot, PCR atau lain-lain.
Paket ujian yang telah dibuka perlu digunakan segera.
Satu set kit ujian hanya untuk sekali guna sahaja dan semua benda
yang telah digunakan perlu dibuang atau dilupuskan dengan selamat
supaya ia tidak membawa mudarat kepada orang lain terutamanya
kepada kanak-kanak. Anda bertanggungjawab sepenuhnya jika cara
pelupusan/pembuangan yang tidak selamat sehingga mencederakan,
memudaratkan, merugikan anda atau orang lain.
Cadangan pelupusan/pembuangan: Sila masukkan semula semua benda yang
telah digunakan, ke dalam paket bungkusan putih dan kepilkan.
Seterusnya masukan-nya ke dalam sampul kuning dan
kepilkan. Balut sampul tersebut menggunakan surat khabar lama. Buang bungkusan tersebut ke dalam tong sampah besar.
Pastikan bungkusan tersebut tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak dan
orang lain. Anda juga boleh menanam bungkusan tersebut dikawasan yang
diyakini tidak digunakan orang.
*Kit ujian ini hanya merupakan bantuan untuk mengenalpasti
individu yang dijangkiti. |
| |
| |
SOALAN-SOALAN YANG SERING DITANYA (FAQs)
|
| Cara tempahan saya dibungkus oleh pihak Primedic
Laboratories |
|

Demi memastikan kit ujian ini sampai kepada anda dalam
keadaan baik, kami akan memasukkan kit ini dalam sampul yang dilengkapi dengan lapisan pelindung seperti
dalam gambar diatas. Seterusnya, satu pelekat khas yang bertanda
amaran seperti dibawah, akan
dilekatkan pada ruang buka sampul itu untuk menghalang
orang lain daripada membukanya.

Sampul yang dilekatkan dengan pelekat khas itu, akan dimasukkan
ke
dalam plastik pembungkus Pos Laju untuk melindungi kiriman ini
daripada hujan dan sebagainya.
Kami cukup teliti dalam menguruskan tempahan anda.
|
| |
| |
| Bagaimana privasi saya dijaga jika saya membuat tempahan? |
|
Anda jangan risau kerana kami mengambil langkah-langkah yang sepatutnya supaya privasi
anda dapat dijaga. Antara yang kami lakukan ialah:
- Sebarang maklumat yang anda berikan kepada kami seperti nama, nombor telefon, alamat penghantaran, maklumat
pembayaran dan sebagainya hanya digunakan untuk memproses
tempahan dan menghubungi anda jika ada sebarang masalah.
Semua maklumat tersebut tidak akan dikongsi atau dijual kepada
mana-mana pihak.
- Penyata kad kredit anda akan menunjukkan “NetBuilder EC“ atau
"PL PAYPAL".
- Kami menjaga privasi anda pada slip Pos Laju. Kami tidak
menulis sebarang perkataan pun yang boleh menggambarkan isi
kandungan kiriman.
Maklumat Pengirim, kami menulis nama salah seorang staff kami dan bukan nama
syarikat, alamat dan nombor telefon bimbit staff kami.
Maklumat Penerima, kami menulis nama anda, alamat anda dan
nombor telefon anda sahaja.
Contoh slip Pos Laju
adalah seperti dibawah:

|
| |
| |
| Polisi Penghantaran |
| Kos penghantaran adalah percuma bagi semua kawasan di
Malaysia. Semua tempahan akan dihantar menggunakan Pos Laju. Pos Malaysia
akan membuat penghantaran dalam masa 24jam
ke kebanyakkan destinasi namun bagi destinasi tertentu,
ia mengambil masa yang lebih lama. Sila buat tempahan sebelum
pukul 12:30 tengahari.
Pejabat kami beroperasi dari hari isnin hingga jumaat daripada
pukul 8:30 pagi – 6:00 petang. Kami bercuti pada hari sabtu, ahad dan
pada cuti umum.
PERHATIAN: Kami akan memastikan segala urusan penghantaran
berjalan dengan lancar namun, kami tidak dapat
elak jika berlaku sebarang masalah dipihak kami atau dipihak Pos
Malaysia yang boleh melambatkan proses penghantaran. |
| |
| |
| Adakah saya perlu berada dirumah untuk menurunkan
tandatangan? |
|
Ya, tandatangan diperlukan semasa
penerimaan. Jika tiada siapa dirumah maka satu notis akan
diletakkan dalam peti surat anda. Sila bawa notis tersebut untuk
mengambil tempahan anda, di pejabat Pos Laju yang dinyatakan
dalam notis. Atau anda boleh hubungi mereka dan minta mereka
untuk membuat
penghantaran buat kali kedua. |
| |
| |
| Apa yang perlu saya lakukan jika hasil ujian didapati
positif? |
| Sila jumpa doktor dengan segera untuk menjalani
ujian pengesahan yang lebih khusus iaitu Western Blot, PCR atau
lain-lain. Sekiranya anda telah disahkan positif HIV, anda
mungkin akan merasa takut dan keliru. Berhadapan dengan HIV atau
AIDS bukanlah sesuatu yang mudah dan anda tidak perlu
menempuhnya bersendirian. Terdapat banyak organisasi di seluruh
Malaysia yang menyediakan sokongan dan menawarkan kaunseling
sulit secara percuma. Mereka akan bantu anda sedaya-upaya mereka. Untuk keterangan lanjut mengenai
organisasi-organisasi ini, sila hubungi Majlis AIDS Malaysia /
Malaysian AIDS Council.
Rawatan juga boleh didapati di seluruh Malaysia. Mereka
yang positif HIV boleh melangsungkan hidup lebih lama jika
mendapat kaunseling dan rawatan yang sempurna. |
| |
| |
| Jadi sekarang anda pilih, sama ada
anda
ingin terus muram
seperti ini ..

... atau melayari kehidupan yang lebih tenang setelah
menjalani ujian. Renungkan keratan akhbar ini ..

Bagi wanita/isteri, AWAS mungkin pasangan anda
adalah punca anda dijangkiti virus HIV !!
NASIHAT KAMI, jalani ujian awal HIV sekarang juga
untuk kebaikan anda dan orang tersayang!
| AHP™ HIV Test Kit |
(1 Set): RM45 |
| |
(2 Set): RM85 |
| |
(3 Set): RM100 |
(Kami hanya menerima tempahan secara online sahaja)
|
|
 |
| |
| |
| |